Akademi Segi Seri telah dibangunkan selari dengan hasrat kerjaan untuk membangunkan sumber modal insan di negara ini. Dalam perancangan Malaysia ke 11, setiap negeri telah menyasarkan peningkatan penyertaan bumiputera dalam sektor perkhidmatan dan dalam bidang keusahawanan. Untuk meralisasikan matlamat ini, Akademi Segi Seri telah mengambil inisiatif dengan menyediakan peluang latihan dan peluang serta melihat kejayaan itu dengan menjana sumber-sumber baru serta menawarkan peluang dan tempat pekerjaan setelah tamat belajar. Mengikut statistic, anggaran kadar pengangguran pada tahun 2015 adalah berjumlah sekitar 450,000 orang. Kadar pengangguran ini dijangka terus meningkat pada tahun 2016 bergantung krpada keadaan ekonomi semasa dunia yang dilihat tidak berada dalam keadaan baik. Akademi Segi Seri kini telah melangkah maju ke hadapan dalam menawarkan sumber-sumber yang baru untuk memberi kekuatan kepada ekonomi masyarakat setempat serta meningkatkan lagi taraf hidup masyarakat ke arah yang lebih progresif dan selesa.

VISI

Menjadi sebuah pusat latihan yang menyediakan peluang melalui penguasaan dan latihan sebenar dalam bidang perkhidmatan makanan.

MISI

Membangunkan sumber manusia yang berketerampilan dan dinamik dalam industri perkhidmatan makanan berdasarkan keperluan utama industri masa kini.

 

KONSEP

 Pembangunan sumber manusia merupakan salah satu industri yang pesat membangun di dunia. Ianya telah membangkitkan persekitaran kerja yang mencabar serta memerlukan kemahiran bagi meningkatkan daya saing untuk mengisi pelbagai peluang pekerjaan yang terdapat di pasaran ketika ini. Syarikat Segi Seri telah melalui pelbagai revolusi pasaran daripada tahun 1993 sehinggalah kini. Pengalaman yang sangat hebat dan berharga ini akan kami kongsikan bersama dengan anda dalam membangunkan pengetahuan manusia, kemahiran dan sikap ingin ke hadapan untuk menjana masyarakat berpendapatan tinggi. Oleh itu, segala persediaan perlulah dilakukan untuk memastikan peluang ini dapat dicapai. Di SS Akademi, kami menggunakan slogan “Latihan Yang Sebenar Bermula di Sini”.

KAMI ADALAH PENGHUBUNG

KEPADA PELUANG DAN PERSEDIAAN

RAKAN KONGSI

Syarikat Katering

Peruncit Makanan

Restoran

Hotel

 

KOMITMEN

Kami sangat komited untuk membangunkan sumber manusia yang lebih baik bagi pembangunan negara bangsa dan menjadikan seseorang individu itu lebih dikenali di kalangan masyarakat.

MENGENAI KUMPULAN SEGI SERI

Kami mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam pelbagai skop industri perkhidmatan makanan termasuklah yang memberikan impak tinggi serta pembangunan model perniagaan yang boleh dikongsikan bersama kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kami.

CALL US

+603 5542 4200 / +603 5542 4250

 

OFFICE

Wisma Segi Seri, No. 38A, Jalan Pelabur A 23/A, Seksyen 23, 40000 Shah Alam Selangor, Malaysia

 

EMAIL

info@segiseri.com