1) Akedemi Segi Seri berhak membatalkan atau menunda mana-mana kelas yang didapati mempunyai kurang daripada 5 orang peserta. Bagi peserta yang telah membuat bayaran, kami akan menghubungi anda supaya boleh bertukar ke tarikh lain.

 

2) Tempat terhad kepada 20 orang peserta sahaja. Keutamaan akan diberi kepada peserta yang telah menjelaskan bayaran.

 

3) Bayaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh kursus. Sekiranya anda lewat membuat bayaran dan kelas tersebut telahpun penuh, kami berhak memindahkan anda ke tarikh kursus yang lain.

 

4) Sekiranya anda tidak hadir kursus pada hari tersebut atas apa-apa alasan pun, bayaran tidak dikembalikan dan tidak dibenarkan mengganti kelas lain. Bagaimanapun, anda boleh mencari pengganti untuk hadir bagi pihak anda.

 

5) Sijil yang dikeluarkan adalah diiktiraf oleh pihak UiTM. Para peserta kursus juga berpeluang melanjutkan pengajian ke UiTM dalam bidang yang berkaitan.

 

6) Sebaik-baiknya hubungi kami dahulu sebelum membuat sebarang pembayaran. Ini dapat memastikan kekosongan bagi kelas tersebut. Setelah bayaran dibuat, sms kami nama penuh dan tarikh kursus anda bagi mengelakkan nama anda tercicir. Jika berminat boleh menghubungi Tn. Hj. Rafiei Mustapha (012-2501953)/En. Mohd Subli Musa (017-2019057) atau boleh menghubungi pejabat kami di talian (03-5542 4200).

 

 

 

CALL US

+603 5542 4200 / +603 5542 4250

 

OFFICE

Wisma Segi Seri, No. 38A, Jalan Pelabur A 23/A, Seksyen 23, 40000 Shah Alam Selangor, Malaysia

 

EMAIL

info@segiseri.com