YOUR WEDDING PARTNER

UNTUK TEMPAHAN & PERTANYAAN

012 253 3973 | 013 665 2640

012 686 4515 | 012 698 1793

Hubungi pakar perunding perkahwinan kami di:

Kumpulan Segi Seri

Kumpulan Segi Seri adalah sebuah syarikat milik 100% Bumiputera yang telah ditubuhkan pada tahun 1995 dan didaftarkan dengan rasminya pada 14 Mac 2003 dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang berkecimpung dalam bidang penyajian makanan / catering ala bufet.

 

Selain daripada catering, Kumpulan Segi Seri juga menjalankan perniagaan berbentuk kafetaria, kantin kilang, dewan makan sekolah, pusat latihan kerajaan, perkhidmatan sewa pinggan mangkuk dan khemah di majlis perkahwinan, hari keluarga, kursus-kursus anjuran kerajaan dan pihak-pihak swasta.

 

Kumpulan Segi Seri mempunyai anggota kerja yang berpengalaman dan terlatih terutama dalarn mengendalikan acara-acara yang berprestij yang dihadiri oleh barisan VVIP dan orang kenamaan.

 

Pelbagai pengiktirafan telah diberikan dan diterima daripada pelbagai pihak di atas perkhidmatan yang telah Kumpulan Segi Seri jalankan. Di samping kedudukan modal yang kukuh, kami juga mempunyai barisan pembekal yang berpengalaman di dalam membekalkan bekalan bahan mentah yang bermutu tinggi.

 

Justeru kredibiliti Kumpulan Segi Seri miliki sekarang sudah cukup untuk memberikan perkhidmatan yang memuaskan hati para pelanggan kerana kepuasan pelanggan adalah matlamat kami. Kami menjaminkan perkhidmatan yang cepat, layanan yang hebat dan pilihan yang tepat untuk pelanggan-pelanggan kami.

Pihak Segi Seri berhak untuk mengubah segala informasi-informasi pakej tanpa notis.