PERKHIDMATAN DAN KEPAKARAN
 
   
   
   
 

KATERING MAJLIS
(EVENT CATERING)

Kualiti perkhidmatan dan penghantaran F&B produk
yang konsisten bagi majlis besar -besaran adalah
terjamin. Kami mempunyai kakitangan sokongan
serta infrastruktur bagi melancarkan penghantaran
dalam masa yang ditetapkan.

KATERING DEWAN INDUSTRI KILANG
(INDUSTRIAL CATERING)

Kepakaran dalam pengedalian servis makanan yang
memahami keunikan keperluan kilang-kilang dan
syarikat-syarikat korporat. Kami pakar dalam
menyesuaikan keadaan yang mengikut kehendak
pelanggan kami.

KATERING DEWAN MAKAN UNIVERSITI
(INSTITUTIONAL CATERING)

Kami sedar, memahami dan mempunyai kepakaran dalam
industri penyediaan makanan dewan-dewan makan
sekolah-sekolah, Institusi Pengajian Tinggi,
hospital dan lain-lain lagi. Setiap lokasi
mempunyai keunikan penyediaan dan keperluan diet
yang sempurna dan kami pakar didalam penyediaan
perkhidmatan di setiap sekolah, institusi
pengajian tinggi dan hospital.

KONTRAK PENYEDIAAN
(SUPPLY CONTRACT)

Kontrak pengurusan dan penbuatan pelbagai
produk bahan-bahan makanan seperti sos,
inti dalam makanan, tepung untuk rantaian
restoran serta memberikan khidmat servis
kepada hotel dan syarikat-syarikat
di dalam penyediaan bahan mentah serta
memberikan khidmat nasihat dan membantu
pelanggan kami didalam menurunkan
kos operasi.

KATERING JAMUAN MAJLIS LUAR
(OUTDOOR EVENT)

Menyediakan produk dan servis yang berkualiti
dalam pengendalian majlis-majlis luar
seperti Hari Keluarga, Sambutan Hari Lahir,
majlis perkahwinan. Kami adalah pusat
sehenti dalam penyelarasan dan memenuhi
pelbagai kehendak pelanggan dari gubahan
bunga, susun atur dan dekorasi meja dan
kerusi, pelbagai jenis khemah-khemah yang
mengikuti citarasa pelanggan. Kami
memastikan pelanggan kami gembira dan
puas hati dengan servis kami pada
setiap acara.

 

 
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
             

Hak Cipta Terpelihara © 2008 Segi Seri Sdn. Bhd.