Pengenalan

SEGI SERI SDN BHD adalah sebuah syarikat milik 100% Bumiputera yang telah ditubuhkan pada tahun 1995. Dengan bermodalkan RM100,000.00, Syarikat SEGI SERI SDN BHD memulakan perniagaannya di bidang penyajian makanan / katering ala bufet.

Syarikat SEGI SERI SDN BHD telah didaftarkan dengan rasminya pada 14 Mac 2003 dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan bertaraf bumiputera.

Selain daripada katering, SEGI SERI SDN BHD juga menjalankan perniagaan berbentuk kafetaria, kantin kilang, dewan makan sekolah, pusat latihan kerajaan, perkhidmatan sewa pinggan mangkuk dan khemah / canopy di majlis perkahwinan, hari keluarga, kursus-kursus anjuran kerajaan dan pihak-pihak swasta.

Syarikat ini kini telah berusia lebih dari 10 tahun. Berbekalkan pengalaman yang ada, SEGI SERI SDN BHD mempunyai anggota kerja yang berpengalaman dan terlatih. SEGI SERI SDN BHD kini lebih mantap dan teguh di dalam mengendalikan acara-acara yang berprestij dan gilang- gemilang serta dihadiri oleh barisan VVIP dan orang kenamaan.

Pelbagai pengiktirafan telah diberikan dan diterima daripada pelbagai pihak di atas perkhidmatan yang telah SEGI SERI SDN BHD jalankan. Disamping kedudukan modal yang kukuh, SEGI SERI SDN BHD juga mempunyai barisan pembekal yang berpengalaman di dalam membekalkan bekalan bahan mentah yang bermutu tinggi.

Justeru kredibiliti yang SEGI SERI SDN BHD miliki sekarang sudah cukup untuk memberikan perkhidmatan yang memuaskan hati para pelanggan kerana kepuasan pelanggan adalah matlamat kami. Anda sebagai pelanggan tidak perlu gusar dan bimbang dengan kemampuan syarikat ini. Kami menjaminkan perkhidmatan yang cepat, layanan yang hebat dan pilihan yang tepat bersesuaian dengan moto syarikat kami.